Sunday, May 27, 2012

tatapan untuk WANITA

 entri kali nih sangat sesuai untuk tatapan wanita zaman 

ini..benar sekali, kata-kata Rasullullah s.a.w tentang wanita,

 baginda melihat majoriti ahli neraka adalah dari kaum 

wanita. Mengapa begini? 

kerana wanita lebih mudah mendapat pahala,

 tetapi tidak diambil peduli perihal perkara yang boleh 

membawa mereka ke syurga.

 Di bawah ini, perkongsian untuk wanita-wanita bahawa,

 pahala itu di mana-mana sahaja, 

cuma menanti kita untuk mendapatkannya :



1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.


2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang 

tidak hamil.



3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu 

pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan 

baik akan mendapat pahala jihad.


5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga 

yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri 

dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan 

kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal 
daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita 
itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki 
kuda yang dibuat dari permata Yaqut.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan 

diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. 
memberinya 12 tahun pahala ibadat.


9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang 

itu dengan doa keberkatan.


10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.



11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai 

Baitullah.


12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t.

 mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.


13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada

malam hari.



14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan

 pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji


15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira 

mati syahid.


16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam 

dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.


17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di

 langit datang bawa khabar gembira   bahawa syurga wajib bagi kamu.


18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.



19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala 

isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7    tola perak.


20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan

 masuk syurga.



21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.



22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat

 pahala 80 tahun ibadat.


23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt

 sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di
 dunia ini dengan istiqamah (tetap).


24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam 

keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.


25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.



26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki 

yang bukan muhrimnya.






beruntunglah mereka yang taat kepada suami mereka ;)





P/S : apabila dilihat semula, peluang untuk mendapat pahala 

ini lebih luas selepas seorang wanita itu mendirikan 

rumahtangga.Maka, mudah jugalah untuk mendapat dosa

apabila tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang

isteri dengan baik. ingatlah, wanita itu perhiasan dunia, dan 

seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. sekian..



No comments:

Post a Comment

komen anda ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...