Wednesday, June 06, 2012

BIOZONE : penyelesaian masalah bau kurang sedap dalam kenderaan



ASSALAMUALAIKUM WBT...

mendoakan pembaca2 semua sentiasa dalam rahmat Allah swt selalu..
nak bercerita sikit tentang BIOZONE..
 ...penyelesaian masalah bau kurang sedap dalam kenderaan anda...
idea untuk menulis kali adalah untuk sharing tentang kesihatan dalam kereta,,,
tadi tersedar tersekat dalam jem yang sangat lama, then terbaca artikel tentang bahayanya volatile organic compounds yang wujud dalam kenderaan kita..
 continue reading...

TAHUKAH ANDA?

mengikut laporan In-Car Air Pollution daripada International Center for Technology Assesment (CTA ), tahap pencemaran udara dalam kereta mungkin jauh lebih serius daripada luar sana. bahan2 pencemar berbahaya dalam kereta termasuk bahan organik meruap ( volatile Organic compound, VOC ) yang mengakibatkan iritasi mata, hidung, kerongkkong dan paru2. VOC juga hadir dalam kereta baru ( sumber : Hidden Poisson in Cars, Utusan Konsumer Nov-Dis 2005 ). selain dari itu, bahan2 pencemar utama yang lain wujud dalam persekitaran dalaman dan mmerukan sanitasi termasuk bau, agen pencemar biological, produk haislan pembakar enjin dan racun serangga 



LAGI?

 VOC sebenarnya adalah bahan beracun yang dikenal pasti sebagai sebatian yang mengganggu hormon, penyebab kanser dan bahan kimia endoktrin yang berupaya merendahkan jumlah sperma hingga ke tahap kemandulan.
Katanya, kehadiran VOC juga dikaitkan dengan peningkatan risiko asma di kalangan kanak- kanak dan pesakit kanser payu dara. Jelasnya, pendedahan kepada kepekatan yang rendah sekali pun bahagian persejuta (bps), VOC diketahui meninggalkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar.

SUMBER : Utusan Online, ARKIB : 02/11/2006


MESTI RAMAI YANG MENCARI PENYELESAIANNYA..!


BIOZONE

kecil & comel


mudah saje...dengan menggunakan BIOZONE ! 


ni la ropenye~


kelebihan-kelebihan BIOZONE 
  1. yang pasti....SELAMAT ( output ozon < 0.03ppm)
  2. mudah digunakan
  3. mengaplikasikan teknologi " cold plasma ' Jepun yang :
  4. menghasilkan output ozon yang tetap
  5. menghasilkan bahan2 sampingan ( nitrogen oksida )
  6. mesra alam 
  7. tanpa penyelanggaraan
  • USD FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan pada tahap 0.05 SAHAJA!

KENAPA biozone ??
  • menyingkirkan VOC, bau tembakau, bau haiwan peliharaan dan bau otomobil
  • membasmi ahan2 pencemar biological (bakteria)
  • menyegarkan udara dalam kereta 

actually, BIOZONE ni membantu kita dari banyak aspek, seperti bau kenderaan, kesihatan, dan kenyamanan dalam kereta. tapi anra yang penting ialah aspek kesihatan, bahan pencemar tadi amat bahaya kepada manusia,  ia juga 10x ganda lagi bahaya kepada kanak2 mahupun bayi2 comel.. sebelum terlambat lebih baik kita embil langkah pencegahan

 " prevention is better than cure "



BAGAIMANA SAYA TAHU??
SAYA JUGA PEMANDU SEPERTI ANDA... ;)
WASSALAM~

untuk pertanyaan lanjut :

hubungi segera
mohamed ariff samsudin
013-3336003
( or tinggalkan komen dibawah )








Monday, June 04, 2012

koleksi foto 2 ... alahai kucing

hangpa kutuk aku ka? :(



susahnya nk korek



adehhh...tolong saya cik puan~



taraaaaaaa!



glurppp...adakah aku mimpi??



ok! line clear..



hehehee...so sweet :)



..mentally disorder..



cho0mel x shaye??



kecik2 da pandai jadi ahli tingkap..hahaha



alkisah tangan patah



tepi sikit...nak tengok jugak oiii~



xpa2, sabaq nah, mak ada ni :(



aku pun ada fb oke!~



aLoLoLoLo~



oke! got it! yeahhh,,masin pun masiin janji ada bau ikan..



kucing poyos~



p0c0tttt makkk kauu ayam! gamaknyee~



xpa kot kalau mak jadik kucin noah~



tulungggggg!
yiiiieeebaaa andaleyyy andaleyyy!!

Sunday, June 03, 2012

persediaan sebelum bergelar ISTERI


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:
    “Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”.
    Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:
    “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya.
Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
    “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.
    Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”
    Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
    “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Ibnu Asakir pula menyebut:
    “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
2. Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
3. Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Keluar rumah tanpa izin suami
    “Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
5. Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
    “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
    “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk ke syurga yang Allah berikan kepada isteri itu dengan hanya menjaga solat, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami.
Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud;
    “Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.”
Sabda baginda lagi…
    “Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.”
Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .
Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud :
    “Dan Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd kaum yang zalim.”
    Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah perintahkan kepada malaikat : “Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.”
Wallahu’alam.
Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi dalam menuju kepada ketinggian akhlak.

Thursday, May 31, 2012

koleksi foto 1.... lets smile~

main kasar nampak?


mywife @ myhorse?


prutttt....puttt..putt....!


biar tak ade kepala asalkan gaya...



ape bangggg? sy ni badak cikit...ehem~


auwwww :*  clas kau jah!
 let0o0o0p~


aisehhh~


aiyaa.~
ini mata macam mana..


oiii..egt kepala mak kau ke..?


c0melnyewww u,,mcm abg duttt..ehekkk.


gaya nak mantap je...weee~


sory bang.. :(


yippppieeee...yabedabedo0o0o~


aik., pelik bona kepala kau jang


itew da pandai bacew buku :)


Monday, May 28, 2012

STRESS!!! Arghhhhh.....

Definisi STRESS
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

STRESS menurut pandangan  Islam
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.

arghhhh!

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )



FAKTOR-FAKTOR STRESS
@  Keinginan melakukan yang terbaik
@  Terlalu ideal
@  Tiada keyakinan diri
@  Putus asa / rendah diri
@  Kurang pengetahuan agama
@  Terlalu menjaga kepentingan orang lain
@  Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
@  Kaki kerja (workholic)
@  Gagal menguruskan masa


 PERUBAHAN SIKAP

@  Mudah marah
@  Mudah bosan
@  Tidak mampu menguruskan diri / kerja
@ Suka Mengalihkan kemarahan 
@  Sentiasa berpandangan negatif
@  Hilang pertimbangan / separa sedar

. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN

@  Ubah rutin hidup
@  Latih diri dengan situasi baru
@  Bertenang, sabar, kawal, abaikan
@  Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
@  Redha dan menerima situasi
@  Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
@  Rehat, bercuti atau pindah
@  Bersenam
@  Sedar tahap keupayaan diri
@  Seimbangkan aktiviti kehidupan
@  Membuat perancangan yang teratur
@  Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
@  Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
@  Dapatkan nasihat pakar

7.  PENAWAR ROHANI

@ SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
@  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
@   Berdoa boleh mententeramkan jiwa



Firman Allah yang bermaksud: 
“ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)

 -  Doa mengelakkan lapan perkara:

  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

s0deh...s0b3~
money...money.....money!

makkk....ceq frust nih..mai la jengok ceq sat~
  


Sunday, May 27, 2012

tatapan untuk WANITA

 entri kali nih sangat sesuai untuk tatapan wanita zaman 

ini..benar sekali, kata-kata Rasullullah s.a.w tentang wanita,

 baginda melihat majoriti ahli neraka adalah dari kaum 

wanita. Mengapa begini? 

kerana wanita lebih mudah mendapat pahala,

 tetapi tidak diambil peduli perihal perkara yang boleh 

membawa mereka ke syurga.

 Di bawah ini, perkongsian untuk wanita-wanita bahawa,

 pahala itu di mana-mana sahaja, 

cuma menanti kita untuk mendapatkannya :



1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.


2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang 

tidak hamil.



3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu 

pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan 

baik akan mendapat pahala jihad.


5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga 

yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri 

dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan 

kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal 
daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita 
itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki 
kuda yang dibuat dari permata Yaqut.


8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan 

diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. 
memberinya 12 tahun pahala ibadat.


9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang 

itu dengan doa keberkatan.


10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.



11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai 

Baitullah.


12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t.

 mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.


13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada

malam hari.



14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan

 pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji


15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira 

mati syahid.


16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam 

dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.


17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di

 langit datang bawa khabar gembira   bahawa syurga wajib bagi kamu.


18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.



19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala 

isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7    tola perak.


20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan

 masuk syurga.



21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.



22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat

 pahala 80 tahun ibadat.


23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt

 sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di
 dunia ini dengan istiqamah (tetap).


24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam 

keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.


25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.



26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki 

yang bukan muhrimnya.






beruntunglah mereka yang taat kepada suami mereka ;)





P/S : apabila dilihat semula, peluang untuk mendapat pahala 

ini lebih luas selepas seorang wanita itu mendirikan 

rumahtangga.Maka, mudah jugalah untuk mendapat dosa

apabila tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang

isteri dengan baik. ingatlah, wanita itu perhiasan dunia, dan 

seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. sekian..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...