Monday, May 28, 2012

STRESS!!! Arghhhhh.....

Definisi STRESS
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. 
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

STRESS menurut pandangan  Islam
Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.

arghhhh!

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )



FAKTOR-FAKTOR STRESS
@  Keinginan melakukan yang terbaik
@  Terlalu ideal
@  Tiada keyakinan diri
@  Putus asa / rendah diri
@  Kurang pengetahuan agama
@  Terlalu menjaga kepentingan orang lain
@  Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
@  Kaki kerja (workholic)
@  Gagal menguruskan masa


 PERUBAHAN SIKAP

@  Mudah marah
@  Mudah bosan
@  Tidak mampu menguruskan diri / kerja
@ Suka Mengalihkan kemarahan 
@  Sentiasa berpandangan negatif
@  Hilang pertimbangan / separa sedar

. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN

@  Ubah rutin hidup
@  Latih diri dengan situasi baru
@  Bertenang, sabar, kawal, abaikan
@  Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
@  Redha dan menerima situasi
@  Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
@  Rehat, bercuti atau pindah
@  Bersenam
@  Sedar tahap keupayaan diri
@  Seimbangkan aktiviti kehidupan
@  Membuat perancangan yang teratur
@  Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
@  Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
@  Dapatkan nasihat pakar

7.  PENAWAR ROHANI

@ SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
@  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
@   Berdoa boleh mententeramkan jiwa



Firman Allah yang bermaksud: 
“ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)

 -  Doa mengelakkan lapan perkara:

  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

s0deh...s0b3~
money...money.....money!

makkk....ceq frust nih..mai la jengok ceq sat~
  


No comments:

Post a Comment

komen anda ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...